Shaffiz On Thursday, December 10, 2009

Hari esok, 11 Disember merupakan hari Keputeraan Sultan Selangor. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah abangku di Sungai Buloh sebelum pulang ke Melaka esok. Setelah siap segala kerja yang mampu disiapkan, aku bergegas ke rumah abangku kerana abangku ingin mengajakku ke Uptown Seri Gombak. Ada urusan katanya, berkaitan dengan ternakan lintah.

Dipendekkan cerita, setelah berbincang dengan rakan-rakan niaga abangku, aku mula memikirkan tentang situasi dan sikap orang-orang Melayu dalam bidang perniagaan. Dalam masa yang sama aku membandingkan situasi dan sikap orang-orang Cina dalam bidang perniagaan. Mengapa begitu jauh jurang perbezaan antara 2 kaum ini dalam bidang yang sama? Mari kita bincangkan...
+/- Baca lagi...

Kita ambil bidang ternakan lintah sebagai contoh. Semsa berbincang dengan rakan-rakan niaga abangku tadi, ternyata ada satu kesilapan besar dilakukan oleh penternak-penternak lintah ini. Itu juga membuatkan rakan niaga abangku tadi berasa tidak puas hati. Apa kesilapannya? Sikap pentingkan diri sendiri tanpa berfikir dalam skop yang lebih luas dan pemikiran mereka terhad kepada satu-satu jangka masa sahaja. Aku mengerti. Ini adalah sikap tipikal yang ada pada bangsa Melayu dalam bidang perniagaan. Sangat jarang kita jumpa orang Melayu yang berfikiran jauh dalam skop yang lebih meluas. Ini merupakan kunci utama mengapa orang Melayu tidak sehebat orang Cina dalam perniagaan.

Abangku sempat menerangkan kepadaku betapa besarnya peluang penternakan lintah di luar negara. Penggunaan lintah dalam penghasilan produk kosmetik sangat universal. Ini menjadikan permintaan terhadap lintah sangat tinggi dan memerlukan pengeluaran dalam kapasiti yang sangat tinggi. Persoalan yang pertama; mampukah kita memenuhi permintaan itu? Jika kita melihat secara purata, penternak lintah hanya dapat menghasilkan lintah dalam skala yang sangat kecil berbanding permintaan luar negara. Namun, perkara ini tidak mustahil jika digabungkan pengeluaran penternak-penternak yang aktif untuk dieksport ke luar negara dibawah satu naungan gabungan ataupun persatuan. Tapi, kita tidak berbuat demikian. Mengapa? Antara sebabnya ialah, majoriti penternak lintah di Malaysia adalah daripada orang Melayu. Mereka sukar digabungkan dibawah satu persatuan atau gabungan. Mengapa? Seperti yang telah diterangkan, mereka mempunyai sikap mementingkan diri sendiri dan berfikir dalam skop yang kecil serta jangka masa yang singkat.

Apa perbezaan mereka dengan orang Cina? Bagaimana orang Cina boleh maju dalam apa jua bidang perniagaan yang mereka ceburi? Satu kunci terbesar mereka adalah semangat bersatu padu dan berpesatuan. Jika kita lihat, orang Cina menubuhkan banyak persatuan-persatuan perniagaan diseluruh Malaysia. Malah diserata dunia. Walaupun kita lihat sesebuah perniagaan itu kecil, tapi masih diwujudkan persatuan. Mengapa? Kerana mereka tahu bahawa bersatu padu itu kunci kejayaan. Apa pentingnya persatuan-persatuan ini?

Persatuan memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha mereka untuk meajukan sesebuah perniagaan. Contoh, bidang perniagaan barangan komputer. Jika kita lihat, majoriti perniagaan berasaskn komponen-komponen komputer mahupun aplikasi komputer dikuasai oleh orang Cina. Dengan adanya persatuan itu tadi,mereka dapat mengawal harga secara komprehensif dan menyeluruh. Jika telah ditentukan sesenuah barang itu harganya RM5, maka disemua tempat akan menjual pada harga sekitar. Jadi, margin keuntungan dapat dibahagikan sama rata di seluruh Malaysia!! Adil bukan? Itu antara peri pentingnya semangat bersatu padu dalam perniagaan. Orang tamak selalu rugi. Itu kata-kata yang sangat tepat untuk menerangkan sikap sesetengah peniaga Melayu.

Berbalik kepada soal lintah tadi. Peluang telah terbuka luas. Hanya menunggu untuk direbut bersama. Tapi masih ada yang mementingkan diri sendiri. Takut kepada kerugian kecil yang mereka fikirkan akan menjejaskan mereka. Mereka tidak berfikir jauh. Mereka takut kegagalan. Mereka takut kerugian yang belum pasti. Malah, mereka takut pada bangsa mereka sendiri.

Aku sangat kagum dengan sikap orang Cina dalam usaha mereka mengejar kekayaan. Islam telah mengajar kita bahawa 9 daripada 10 rezeki itu datangnya dari bidang perniagaan. Nabi Muhammad SAW juga seorang peniaga. Agama mengajar kita. Tapi mengapa kita masih berada jauh dibelakang orang-orang yang bukan Islam yang mana agama mereka tidak mengajar mereka untuk berniaga? Sikap perlu dibentuk semula. Kepentingan diri perlu diletak dibawah kepentingan bersama. Bagaimana hendak diubah sikap mereka? Wallahualam...~~

p.s: terlalu banyak sebenarnya untuk diperkatakan, kita akan sambung lagi selepas ini...

3 Responses so far.

  1. Unknown says:

    kalau org tanya ak ko orang apa?
    ak nak jawab, aku Islam,
    aku takda bangsa...
    tak da apa yang menarik pn dalam diri org melayu bila bangsa diagung2 kan lebih dari agama...
    tapi kalau kita ambik Islam,kita akan jadi someone yg universal...sebab islam shumul.

  2. Shaffiz says:

    itu senario yg ada kat Malaysia. Bangsa melebihi daripada agama. So, segala perbezaan hanya dapat dibuat atas perbezaan kaum, sbb agama sudah tidak penting bg mereka. Melayu yg diperkatakan adalah Islam, bermakna bila kita bincangkan kehinaan Melayu di Malaysia sbnrnya kte bincangkan kehinaan Islam di Malaysia. Olahan penggunaan perkataan "Melayu" menggantikan "Islam" hanya relevan di Malaysia. Fikirkan balik, adakah Malaysia sebuah negara "Islam" ataupun "Melayu"?

  3. tidak ada bangsa,,,, macamana tu? org arab pun berbilang bangsa... tidakkah kita org melayu beragama islam secara automatiknya,,,

Leave a Reply