Shaffiz On Wednesday, December 2, 2009

Hari ini telah 2 hari aku keluar untuk menguruskan perkara-perkara penting untuk aku memulakan langkah impian aku. Antara perkara penting yang aku pelajari ialah: cara berurusan di SSM, selok belok untuk mendaftarkan syarikat, dan macam-macam lagi.

1 Disember 2009 menjadi titik tolak kepada usaha aku untuk memajukan diri secara bersendirian sebelum aku disokong oleh orang lain. Aku telah memulakan langkah menuju impian yang sekian lama aku pendamkan. Terlalu banyak perkara yang menjadikan aku semakin bersemangat untuk meneruskan hajatku. Aku sentiasa memohon kepada Allah SWT agar aku diberi petunjuk untuk aku meneruskan langkah ini.

Sahabat antara elemen terpenting dalam hidup aku. Kebanyakan ilmu yang aku ada turunnya dari Allah dan mediumnya sahabat-sahabat aku. Aku sangat bersyukur dikurniakan sahabat-sahabt yang hebat dan penuh dengan ilmu dan pengalaman yang sangat berguna untuk aku. Aku dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang antarnya telah berjaya dalam kehidupan mereka. Tidak mengira dari aspek lahiriah mahupun akhlak dan akidah. Kesemuanya berada disekeliling aku. Aku sangat beruntung. Dengan mereka aku boleh berjaya dalam kehidupan, dengan mereka juga aku boleh membentuk personaliti dan akhlak yang baik.

Kini, langkah-langkh seterusnya sedang disusun. Aku berdoa agar dipermudahkan segala urusanku...Amin....

Leave a Reply