Shaffiz On Thursday, December 3, 2009

Setiap manusia akan menghadapi turun naik dan pasang surutnya kehidupan ini. Setiap orang akan merasai kejayaan dan setiap orang juga akan menangisi kejatuhan. Namun, ada juga segelintir manusia yang mereka sendiri tidak tahu samada mereka sedang jatuh mahupun sedang berjaya. Jarang kita dengar seseorang itu tidak sedar bahawa mereka sedang jatuh, kerana kejatuhan adalah memeritkan. Syaitan mula memainkan peranan dalam menghasut hati kita agar cepat berputus asa. Oleh kerana itu jarang ada manusia yang tidak sedar akan kejatuhan mereka.

Tapi, ramai manusia tidak sedar bahawa mereka sedang berjya dalam kehidupan duniawi mereka. Mengapa? Sekali lagi syaitan memainkan peranan dengan menutup hati mereka sehinggakan mereka tidak pernah berasa puas dengan kejayaan duniawi yang mereka kecapi. Mereka dahagakan kenikmatan dunia, kekayaan, pangkat dan sanjungan sedangkan mereka lupa pada kenikmatan hakiki di dunia yang kekal abadi.

Apakah perbezaan antara 2 golongan diatas? Mereka adalah sama; mangsa penipuan syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk memerangkap anak Adam ke lembah penghinaan. Adakah mereka berjaya? Tidak sama sekali. Mereka mungkin merasakan mereka telah berjaya dengan terkumpulnya harta setinggi gunung, ataupun mereka merasakan mereka tidak layak hidup didunia akibat dari kejatuhan yang sementara.

Jadi, siapakah yang tergolong dalam golongan yang berjaya? Mereka yang bangun dari kejatuhan tanpa ada rasa putus asa dan juga mereka yang sedar bahawa mereka telah berjaya dan membantu orang lain untuk berjaya. Mereka seolah-olah telah imun dari hasutan syaitan yang mana akan cuba menghasut mereka untuk berputus asa atau mengkaburi mata mereka dengan nikmat duniawi semata-mata.

Aku telah merasakan bgaimana peritnya ketika jatuh dan bagaimana seronoknya ketika berada di puncak. Namun,perjalanan masih jauh. Masih terlalu banyak halangan, cabaran mahupun kejayaan menunggu aku di depan. Aku perlukan hidayah dari Allah. Mungkin apa yang telah aku lalui selama ini kecil bagi seseorang. Tapi cukup bagi aku untuk terus muhasabah diri agar menjadi lebih baik. Insyaallah..

2 Responses so far.

  1. Unknown says:

    salam,shafiz...
    aku belajar something dari post kau ni..
    by the way thanx a lot..

  2. Shaffiz says:

    wslam.. damia, aku tulis post ni atas pengalaman dan pemerhatian aku..
    alhamdulillah...

Leave a Reply