Shaffiz On Saturday, December 5, 2009



Alhamdulillah. Baru sahaja sampai dari PC Fair Melaka yang berlansung di MITC. Sangat meriah. Seperti yang aku jangkakan dari awal.Kereta memenuhi setiap ruang letak sehinggakan ada yang terpaksa meletak kenderaan di tepi-tepi jalan. Kesesaka ditambahkan dengan satu lagi majlis yang berlansung serentak di tempat yang sama.

Ok, beralih cerita ke PC Fair. Harapanku untuk melihat PC Fair di Melaka seolah-olah satu dewan yang ada di KLCC. Gambaran dari luarnya ada, tetapi isi kandungannya agak menghampakan orang-orang macam aku yang dahagakan teknologi baru. Apa yang aku perhatikan, gerakan urusniaga hanya lebih menumpukan kepada laptop dan aksesori, plan-plan braoadband dan printer.


+/- Baca lagi...



Dimana perginya kedai-kedai untuk hardware? Aku teruskan berjalan sehingga sehabisnya, dan hasilnya hanya satu kedai yang aku temui yang menjual hardware. Itupun tidak banyak. Mereka lebih menumpukan perhatian kepada set PC yang siap pasang. Dari situ, aku menjadi hampa. Harapanku untuk melihat display PC yang menggunakan i7 dan graphic card 5870 tidak kesampaian. Apa yang dipaparkan hanya sekadar Quad Core yang low-end bersama graphic card biasa.


Satu lagi kekurangan PC Fair di Melaka ialah sistem pengurusan mereka. Tempat keluar dan masuk hanya ditampal notis. Tetapi tiada siapa yang menjaga menjadikan satu-satu pintu itu sangat sesak. Tidak di KLCC yang mana setiap pintunya dijaga laluannya.


Namun begitu, kepada sesiapa yang inginkan sebuah laptop, terdpat banyak pilihan disana. Cuma beberapa nama besar tidak mengambil tempat disitu. Antaranya Asus dan Lenovo. Tidak mengapa, asalkan HP dan Acer ada; 2 syarikat yang menguasai penjualan laptop dan netbook di Malaysia. Aksesori laptop pula sungguh banyak. Tapi kesemuanya menjual produk yang hampir sama.



Satu perkara yang menarik perhatianku ialah zon speaker. Satu zon yang telah diasingkan dari zon lain. Menarik, kerana sebelum ini speaker tidak diasingkan dengan peralatan lain. Tapi sayangnya, hanya terdapat 3 jenama yang terkenal ada disitu; Sonic Gear, Altec Lansing dan Eacan. Terdapat satu lagi jenama yang dari pengamatanku jenama itu meniru reka bentuk Sonic Gear.


Tapi apapun, PC Fair di Melaka telah melangkah setapak kehadapan dan ini telah menunjukkan bahawa semakin ramai rakyat yang memerlukan teknologi dalam kehidupan mereka. Tahniah!!

Leave a Reply