Shaffiz On Tuesday, December 8, 2009

Biasanya akan ada pertelingkahan diantara para ilmuan tetang yang mana lebih penting; Pengalaman atau Ilmu Teori? Apa yang dimaksudkan oleh pengalaman dan ilmu teori ini? Mari kita kupas serba sedikit tentangnya.

Di Malaysia,pendekatan untuk pencapaian ilmu di institut-institut pengajian, dari sekolah rendah sehingga IPT, kita lebih mengamalkan pendekatan teori berbanding teknikal atau lebih difahami dengan "hands-on skill". Kita lihat dimana-mana institut pengajian, apa yang lebih ditekankan hanyalah ilmu yand dicedok sepenuhnya dari buku. Teori diajar dan matematik digunakan sebagai alat didalam kelas. Mereka diperkenalkan dengan pelbagai rumus dan formula dengan harapan mereka dapat mengaplikasikan dalam kehidupan sebenar tanpa adanya latihan secara komprehensif didalam dunia sebenar.

+/- Baca lagi...


Pengalaman adalah ilmu yang dicedok sepenuhnya dari pengamatan, pemerhatian, gerak kerja seseorang dan sejarah kesalahan yang mereka pernah lakukan atau lalaui. Pengalaman datangnya daripada usaha untuk mencuba sesuatu yang baru bagi diri seseorang tanpa ada rasa putus asa dan menyerah kalah. Setiap kesalahan akan dijadikan pedoman untuk memajukan setiap langkah yang diambil selepas itu. Kesalahan dijadikn iktibar dan setiap kejayaan dijadikan sebagai peransang untuk memajukan diri.

Jadi, apa perbezaan anatara kedua-duanya? Ilmu teori diperlukan untuk merealisasikan sesebuah idea, pengalaman pula diperlukan untuk mencetuskan idea-idea baru. Cuba kita lihat secara logiknya, yang mana lebih penting? Ilmu teori atau pengalaman? Jika ada satu idea yang bagus, tetapi tanpa adanya ilmu teori untuk memacu idea itu, idea itu akan menjadi tidak lebih dari angan-angan. Namun, jika tanpa pengalaman, idea baru sukar untuk dicetuskan dan idea lama akan diulang-ulang kembali menjadikan dunia tidak maju kehadapan.

Sesetengah daripada kita sangat menyanjungi mereka yang berpengalaman walaupun mereka tidak ada apa-apa kelulusan yang tinggi. Sesetengah daripada kita juga menyanjungi mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi tanpa ada pengalaman. Namun, sedarkah kita tidak ramai yang mempunyai kelulusan yang tinggi disamping itu mempunyai pengalaman yang luas? Juga ramai yang mempunyai pengalaman yang luas tanpa ada kelulusan? Cuba kita renung kembali, mengapa kebanyakan syarikat-syarikat besar sentiasa mencari pekerja baru dengan menetapkan syarat "kelulusan yang tinggi dan pengalaman yang luas dalam bidang berkaitan"? Ini kerana mereka sedar akan hakikat bertapa pentingnya pengalaman dan ilmu teori perlu bergerak seiring agar syarikat mereka akan dapat dipacu tanpa masalah dengan adanya pekerja yang mampu berevolsi dengan panduan yang sangat minimal. Oleh itu, mereka dpat mengurangkan kos kendalian syarikat dalam masa yang sama memacu dan meajukan syarikat tanpa masalah.

Namun sayangnya masyarakat Malaysia masih bernggapan bahawa kelulusan yang tinggi merupakan kunci kejayaan semata-mata tanpa mengira bertapa pentingnya pengalaman bekerja. Pelajar-pelajar di Malaysia juga masih belum dibiasakan dengan pencarian pengalaman sejak dari zaman pendidikan lagi. Mereka hanya lebih mementingkan ilmu yang dikutip dari buku-buku. Tapi, kekurangan ini bukan berpunca dari pelajar sepenuhnya kerana dasar pendidikan di Malaysia sendiri yang memaksa mereka untuk bersikap sebegitu. Tidak ada salahnya dalam pencarian ilmu di Malaysia, cuma sifat dalam pelajar itu sendiri perlu diubah. Tapi, bagaimana? Ini masalah kita sekarang. Wallahualam...

Leave a Reply