Shaffiz On Friday, December 4, 2009




Semalam aku pergi ke UIA Gombak untuk menguruskan sesuatu. Kebetulan hari Jumaat, jadi aku memutuskan untuk bersolat Jumaat di Masjid UIA... Hatiku rasa seronok sangat kerana dapat menunaikan solat di masjid itu. Kenapa?

+/- Bacalah lagi...


Aku tidak tahu secara logik kenapa setiap kali aku melangkah masuk ke masjid itu, hati terasa sungguh tenang. Kadang-kadang, terasa bagai mahu menitiskan air mata. Keadaan yang sunnguh tenang, nyaman dan damai.

Itu secara dalamannya. Apa lagi yang menjadikan masjid ini unik? Cuba lihat gambar. Kita boleh tengok didalamnya bukan hanya terdir dari rakyat Malaysia, malah kebanyakannya dari negara luar. Masjid ini menghimpunkan hampir semua wakil dari negara-negara utama dunia atas nama persaudaraan Islam. Sangat seronok rasanya bila kita dihimpunkan sebegitu. Terasa bagaikan berada dalam perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jika rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan salam berjabat tangan, mereka pula sudah terbiasa salam berjabat tangan dan berpelukan tanda kekuatan tali persaudaraan. Kini di UIA, adat salam dan peluk telah menjadi suatu kebiasaan dan ini membantu dalam mengeratkan tali silaturrahim antara umat Islam. Alhamdulillah...




Kebetulan juga pada hari itu Prof. Dr. Faris menjadi khatib. Dia adalah Deputy Rector Research & Innovation. Dia pernah mengajarku subjek C Programming. Tajuknya merangkumi tetang persaudaraan antara Islam. Sangat sesuai tajuk itu.

Perbezaan antara masjid itu dengan masjid lain ialah ketelusan dalam menyampaikan khutbah tanpa ada apa-apa pengaruh politik. Jadi, ilmu yang disampaikan sangat jelas dan bersih. Itu antara sebab yang menjadikan masjid UIA Gombak ini sangat unik kepadaku...

~~Sangat bersyukur kerana Allah memberiku peluang untuk mencari ilmu di tempat yang sebegini hebat. Thank you Allah...~~

Leave a Reply