Shaffiz On Sunday, January 3, 2010

Kebelakangan ini kita sering diberitakan tentang kes-kes pembuangan bayi. Bayi yang masih merah berdarah, dibuang merata-rata bagaikan bayi itu sampah, malah lebih jijik dari sampah jika dipandang dari kaca mata pembuang itu sendiri. Masyaallah. Kemana hilangnya rasa perikemanusian yang pada hakikatnya merupakan sifat semulajadi manusia? Mengapa semua ini berlaku di negara yang menggunapakai gelaran "Negara Islam"? Mari kita kupas serba sedikit.

Terdapat pelbagai kes yang diberitakan dan sangat menyentuh hati setiap manusia yang rasional. Bayi dibuang di dalam tandas :bagaikan membuang najis; bayi dibuang dalam tong sampah :bagaikan sampah; bayi dibuang di merata tempat bagaikan bayi itu tidak mempunyai nyawa!! Manusia apa yang sanggup berbuat demikian? Manusia yang telah termakan pujuk rayu syaitan laknatullah, kemudian terperangkap dalam dilema anak luar nikah. Lalu syaitan memujuk agar dibunuh dan dibuang sahaja bayi itu agar segala masalah dapat diselesaikan; tanpa menyedari dosa yang sangat besar menanti mereka. Hati mereka telah tertutup ketika itu dan mereka hanya sedar malu yang akan ditanggung mreka di mata masyarakat tanpa mengambil kira malu untuk berhadapan ALLAH S.W.T di padang Mahsyar nanti!! Di hati mereka hanyalah takut kepada hukuman manusia tanpa berasa gentar walau sekelumit hukuman ALLAH S.W.T yang menanti mereka!! Masyaallah..

Terlalu banyak perkara yang menjadikan hal ini berlarutan malah lebih parah. Baru-baru ini kita menyambut kehadiran tahun 2010. Pada tersuratnya, kita dapat lihat masyarakat Malaysia terus lalai dengan segala hiburan yang disediakan diseluruh negara. Bagaikan jamuan buffet, "eat all you can". Dimana-mana sahaja sambutan ambang tahun baru diraikan. Secara tersiratnya, ramai remaja-remaja (khususnya yang beragama Islam) bersungguh-sungguh untuk memuaskan nafsu mereka serta pasangan mereka di hotel-hotel murah!!! Malah, pelajar Maahad juga tidak ketinggalan. Mereka menyambut tahun baru dengan berzina! Satu daripada dosa-dosa besar! Hakikat yang sangat jijik untuk diterima. Apa yang mereka fikirkan pada waktu itu??? Kepuasan nafsu seks yang bermaharajalela. Itu hanyalah langkah yang pertama kearah dosa yang lebih besar. Mari kita buat kira-kira mudah. Jika pada malam itu sahaja terdapat 1000 pasangan berzina (jumlah yang terlalu kecil pada hakikatnya), ambil purata 50% daripadanya subur dan menghasilkan bayi. Itu bermakna terdapat 500 kandungan haram. Jika 50% dari kandungan itu lahir ke muka bumi, itu bermakna 250 bayi haram telah dihasilkan!! Secara kasarnya, hanya 25% sahaja yang lahir, namun hakikatnya dengan hanya satu malam, negara Islam ini mampu menghasilkan 250 anak haram!! Masyaallah...

Marilah kita sama-sama berdoa agar kita dilindungi dari maksiat agar kita mati dalam keteguhan iman didalam hati. Agar kita dilindungi dari segala dosa-dosa besar.

Ya Allah, tetapkanlah iman kami. Jauhkanlah kami dari maksiat. Jauhkanlah kami dari zina ya Allah! Jauhkanlah kami dari laknatMu. Jauhkanlah kami dari azab nerakaMu.

Ya Allah, ampunilah dosa kami. Bukakanlah pintu-pintu hati kami agar kami mendapat cahaya hidayahMu ya Allah. Lindungilah kami dari hasutan syaitan.

Ya Allah, hanya padaMu kami berserah, hanya padaMu kami meminta pertolongan.

Amin...amin...ya Rabbal alamin...~~

p.s: dari mana puncanya semua ini? Terlalu banyak untuk diperkatakan, akan bersambung lagi selepas ini..~~

2 Responses so far.

  1. Unknown says:

    salam shafiz,
    Nauzubillah...moga2 Allah jauhkan kita dari tergolong dalam golongan yg mcm ni...

  2. Shaffiz says:

    wsalam...mudah2an... ngeri tol tgk keadaan bayi-bayi yang diorg buang tu...hhuhuhu..igt nak masukkan gmbr skali..tp terlalu ngeri la...

Leave a Reply