Shaffiz On Wednesday, January 20, 2010


Idea...satu perkataan yang mempunyai banyak kupasan dan terjemahan. Satu corak pemikiran mahupun satu cita-cita yang datangnya dari pengamatan dan pengalaman, obsesi, minat juga datangnya secara tiba-tiba atau lebih dikenali sebagai ilham. Satu perkataan yang mana boleh dikupas untuk memacu sesebuah institusi, memajukan diri, malah boleh meruntuhkan sesebuah tamadun itu sendiri. Idea perlu ditapis melalui penapisan akal yang rasional, diselia juga disokong oleh agama agar sesuatu idea itu tidak menyimpang dari jalan ke syurga.

Bagi sesetengah orang, perkataan ini mungkin kecil, mungkin hanya mainan kata-kata yang diterap diatas kertas yang lebih dikenali sebagai esei. Tidak bagi aku. Aku mempunyai idea yang agak banyak. Idea yang mana orang lain belum pernah terlintas di akal mereka. Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah diberikan sebegini besar nikmatnya. Dulu pernah aku katakan kepada sahabat-sahabatku, bahawa sesebuah idea yang baik oerlu diteruskan dengan orientasi yang betul. Aku sudah mempunyai idea, dan sekarang aku sedang menyusun orientasi serta hala tuju yang sepatutnya idea ini diketengahkan.

Idea perlu berevolusi mengikut masa dan keadaan. Jika idea itu dibiarkan statik, maka terhentilah dunia ini dari kemajuan. Idea yang aku miliki sentiasa berevolusi juga semakin rasional untuk direalisasikan. Sungguhpun begitu, semakin lama semakin banyak halangan yang selama ini tak terlihat dari pandangan mata kasar muncul satu persatu. Obsesi aku dengan ideaku menjadikan aku sentiasa berfikir mengenainya, dan hasilnya, pelbagai halangan dan rintangan, juga sokongan dan jalan yang lebih luas dapat aku lihat. Alhamdulillah. Anugerah Allah kepada aku. Aku bersyukur padaMu ya Allah.

Aku tidak boleh berdiam diri. Langkah demi langkah perlu aku susun. Strategi perlu diatur, bukan setapak kehadapan, tapi sehingga cita-citaku tercapai. Aku perlukan sokongan yang kuat. Aku perlukan idea yang lebih banyak agar dapat aku kembangkan lagi ideaku ini. Aku memerlukan teman disisi aku. Aku tidak perlukan kawan yang hanya mengaku kawan ketika aku di puncak, kemudian meninggalkan aku ketika aku jatuh. Aku dah serik mempunyai kawan seperti itu. Dia yang aku harapkan untuk membantu aku. Tapi apabila dia telah mengetahui segala kelemahan aku, dia tinggalkan aku tanpa rasa bersalah. Allah Maha Mengetahui. Allah berikan aku ujian, dalam masa yang sama Allah beriku hidayah. Alhamdulillah....

p.s : caraku untuk meringankan beban didalam otak..menulis apa yang aku fikir ketika ini...

One Response so far.

  1. This comment has been removed by the author.

Leave a Reply