Shaffiz On Sunday, January 31, 2010

Kalau kita tengok wanita Islam sekarang, bermacam jenis cara dan gaya penggunaan tudung telah muncul. Pelbagai faktor yang menjadikan pekara ini semakin berleluasa. Sebagai contoh, muncul ikon-ikon remaja yang tampil dengn fesyen tudung yang baru seperti Waheeda, Siti Nurhaliza, Ekin dan ramai lagi artis yang menjadi 'role model' kepada anak-anak muda kita. Tapi, apa salahnya berfesyen dengan menggunakan tudung dalam pelbagai cara? Mari kita kupas serba sedikit.

Didalam ajaran agama Islam, rambut wanita merupakan aurat yang haram dilihat oleh golongan tertentu seperti lelaki bukan mahram juga wanita yang bukan beragama Islam. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, pemakaian tudung merupaka cara yang paling efektif dalam menjadikan seseorang wanita itu bukan sahaja menutup aurat seperti tuntutan Islam, malah tudung juga boleh menjadikan seseorang wanita itu tampak lebih bergaya, kemas dan menawan. Tapi, ideologi pemakaian tudung di Malaysia khususnya, telah lari dari landasan yang sebenar. Kini pemakaian tudung lebih cenderung kepada fesyen, bukan tuntutan Islam yang sepatutnya diletakkan lebih tinggi berbanding perkara lain.

Kita ambil contoh, ketika zaman tudung Waheeda sedang meningkat naik, ramai remaja Islam kita mula memakai tudung, dengan niat ingin lebih menawan seperti Waheeda. Mungkin niat mereka lain, akan tetapi itu menjadikan satu pendorong yang positif kepada anak muda untuk mereka menutup aurat (rambut). Kemudian, muncul ikon lain seperti Siti Nurhaliza, yang dulunya tidak memakai tudung, setelah pulang dari mengerjakan Haji, beliau mula memakai tudung. Namun, dari situ kita nampak ada kekhilafan yang berlaku dari segi pemakaian tudung. Jika kita lihat, beliau menggunakan tudung untuk menutup rambut, akan tetapi bahagian leher dan hampir ke dada diperlihatkan. "Tutup rambut, tapi tayang leher dan dada" merupakan ungkapan yang paling tepat cara pemakaian tudung beliau. Jadi, asas penggunaan tudung itu telah tersasar dari landasan kerana pada asas nya, tudung dipakai untuk menutup aurat (rambut dan dada). Tetapi, fesyen yang dibawa beliau hanya menutup rambut, tetapi tidak dada dan leher. Jadi, bagai tiada gunanya pemakaian tudung itu melainkan semata-mata hanyalah untuk berfesyen.Itu menjadikan impak yang sangat besar kepada anak-anak muda Islam di Malaysia. Fesyen itu diikuti dan ideologi pemakaian tudung yang sebenar telah tersasar jauh. Aurat tetap terbuka. Dosa tetap dilakukan.

Kita beralih pula kepada pemakaian tudung yang sempurna yang disertakan pemakaian baju dan seluar yang menampakkan aurat lain. Jika kita lihat, ramai remaja-remaja Islam ini bertudung sempurna (tutup rambut dan dada) tetapi disertakan dengan pemakaian baju tidak berlengan, ataupun baju ketat (baby-T), dan seluar (terutama jeans) yang singkat yang boleh menampakkan lurah punggung dan seluar dalam (itupun kalau mereka pakai). Kemudian berkepit dengan lelaki ditengah-tengah khalayak ramai. Dimana signifikannya pemakaian tudung itu? Sikap mereka menjadikan tudung itu dipandang hina oleh masyarakat yang menggelarkan diri mereka "moden". Menjadikan tudung itu seakan-akan "fesyen kuno" jika dipakai dengan sempurna dan disertakan dengan pemakaian yang menutup aurat. Sedangkan "fesyen kuno" itulah yang dapat menyelamatkan diri mereka dari azab seksa api neraka!

Kita lihat apa artis kita cakap berkenaan pemakaian tudung. Kita ambil contoh Rebecca Nur Al-Islam. Masyaallah. Namanya sungguh indah. "Cahaya Islam". Tapi, kita kupas apa yang dia katakan mengenai pemakaian tudung. Beliau berkata, "saya belum bersedia untuk memakai tudung. Saya percaya saya akan pakai tudung satu hari nanti". Kita dapat lihat bahawa mereka menganggap pemakaian tudung itu perlukan "persediaan". Sedangkan mereka lansung tidak mengerti bahawa azab Allah itu dikira pada setiap waktu. Dan pernyataan beliau seolah-olah menghina pemakaian tudung. Nak pakai tudung perlu "bersedia" dulu? Nak bersedia macam mana? Nak malaikat maut sudah ada didepan mata baru bersediakah? Nak mengharapkan hidayah Allah datang secara tiba-tiba sedangkan hidayah itu perlu dicari bukannya menunggu? Bukan dia sahaja. Boleh dikatakan hampir kesemua artis wanita Islam di Malaysia akan berkata perkara yang sama. Jawapan standard yang akan terbit di bibir mereka jika ditanya soalan yang sama; "mengapa tidak memakai tudung?".

Banyak lagi yang akan kita bincangkan lagi selepas ini. Diharapkan artikel ini menjadi inspirasi kepada anak-anak muda Islam kita lebih takut untuk tidak menutup aurat. Bukan takut kerana dipaksa, tapi takut kerana azab Allah yang maha seksa menanti mereka. Marilah sama-sama kita berusaha mentarbiah mereka agar tidak mereka nanti akan diazab dan kita juga akan dipersoalkan tanggungjawab kita nanti. Insyaallah..~~

Leave a Reply