Shaffiz On Sunday, February 14, 2010



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hari ini 14 Februari. Tarikh yang menjadi pujaan setiap umat manusia yang sedang hanyut dalam gelora cinta sesama manusia. Apa yang ingin disentuh bukanlah mereka yang melayari percintaan dengan ikatan yang sah; iaitu mereka yang telah mendirkan rumah tangga, tetapi ingin disentuh golongan mereka yang sedang hanyut dalam lautan percintaan tanpa apa-apa ikatan yang sah. Mengapa mereka ini sangat teruja dengan tarikh 14 Februari ini yang di katakan keramat? Apa ada pada Valentine's Day ini? Mengapa disambut dengan "acara khas"? Mari kita rungkaikan satu persatu.

Valentine's Day atau lebih dikenali sebagai Hari Kekasih, adalah satu perayaan atau sambutan yang pada asalnya adalah bertujuan mengenang kembali detik kematian Saint Valentine, seorang paderi Roman yang mempunyai cerita sejarah berkaitan percintaan antara manusia. Panjang lagi sebenarnya sejarah Valentine's Day ini. Dipermudahkan, Valentine's Day ini adalah HARAM dirai oleh orang-orang Islam kerana ini melibatkan kepercayaan agama Kristian. Namun, masih ramai lagi anak-anak muda Islam tidak tahu, dan lebih ramai yang pura-pura tidak tahu akan hakikat ini. Mereka sanggup lemas dalam lautan dosa semata-mata ingin "membuktikan" cinta mereka kepada pasangan masing-masing. Apa "acara khas" yang disebutkan tadi? Secara tersuratnya, kita akan dapat lihat ramai pasangan kekasih akan menghabiskan masa bersama untuk makan malam, bercumbu mesra di tempat-tempat romantik, bunga menjadi simbolik percintaan, kata-kata juga janji manis ditabur merata-rata. Namun, secara tersiratnya, mereka akan menghabiskan waktu lebih banyak pada saat "kemuncak cinta"; ZINA. Mereka akan menghabiskan masa dengan dosa zina sepanjang malam. Apa tujuan mereka lakukan semua ini? Hanya semata-mata ingin membuktikan cinta mereka kepada pasangan masing-masing. Statistik menunjukkan bahawa Valentine's Day merupakan hari paling banyak anak-anak gadis tergadai maruahnya, hilang daranya, dek kerana buta hatinya. Nauzubillah....

Apa akibatnya? Seperti artikel sebelum ini, negara Islam Malaysia ini akan melahirkan lebih ramai anak luar nikah. Apa lagi akibatnya? Negara Islam Malaysia ini akan melahirkan generasi yang kembali kepada sifat jahiliah yang mengamalkan ZINA. Apa lagi akibatnya??? Negara Islam Malaysia ini akan dipenuhi umat Islam yang jauh tersasar akidahnya akibat dari pernuatan dosa besar. Apa lagi akibatnya???? Negara Islam Malaysia ini akan menjadi penyumbang besar bahan bakar di Neraka Jahanam kelak!!

Dari mana puncanya masalah ini? Pelbagai faktor yang menjadikan masalah ini semakin parah bernanah. Media massa kini sangat-sangat menggalakkan   sambutan Valentine's Day. Kerajaan tidak nampakkah kesannya terhadap anak muda kita? Didikan agama yang kurang juga menjadi faktor. budaya hedonism semakin berleluasa. Malah, kini anak-anak muda tidak lagi segan silu tentang perbuatan zinanya. Saling bertukar-tukar pasangan menjadi trend masa kini. Mereka masih muda. Masih mentah. Dorongan dan didikan dari ibu bapa sangat penting. Siapa yang perlu disalahkan? Salahkan mereka kerana membuat dosa. tapi salahkan ibu bapa yang tidak mendidik anak mereka dengan sempurna.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari azab api nerakaMu...
Ampunkan lah dosa kami...
Jauhkanlah kami dari maksiat...
Jauhkanlah kami dari dosa besar...
Jauhkanlah kami dari ZINA ya Allah....

Ya Allah, bukakanlah pintu hati mereka...
Berikanlah mereka petunjuk...
Kurniakanlah mereka hidayahMu...
Bimbinglah mereka kejalan yang benar ya Allah...

Ya Allah, hanya padaMu kami berserah...
Hanya padaMu kami meminta pertolongan....

Amin...~~

Leave a Reply