Shaffiz On Wednesday, March 31, 2010

Assalamualaikum. Seperti yang saya janjikan, saya akan membuat ulasan tentang buku-buku yang telah saya baca. Saya mohon maaf atas kelewatan kerana sibuk dengan perkara yang lain. Ini merupakan ulasan saya yang pertama, dan saya harap ada respon dari anda.


Tajuk buku: Rahsia Jutawan Ebay
Penulis: Stuart Tan, Benjamin Marc Wee
Penerbit: PTS Millenia
Harga: RM 19.90

Ulasan:

Buku ini bagi saya sangat lengkap. Bermula dari pengenalan kehidupan sabagai jutawan ebay sehingga strategi-strategi pemasaran yang sangat berkesan. Buku ini mempunyai 8 bab kesemuanya. Sangat menarik untuk dibaca dari awal sehingga habis kerana penulis menggunakan pendekatan penulisan secara kehidupan. Banyak perkara yang dibincangkan dikaitkan dengan kehidupan beliau termasuklah peri pentingnya penggunaan diari dalam usaha memuhasabah diri dari semasa ke semasa. Buku ini bukan sahaja membincangkan tentang strategi untuk berjaya didalam dunia perniagaan ebay, tapi boleh juga digunakan sebagai panduan untuk perniagaan dalam talian (online) secara umumnya. Ini kerana terdapat banyak strategi promosi yang diajar didalam buku ini, dan antara yang paling penting adalah bagaimana kita hendak mendapat jumlah trafik yang tinggi di laman web mahupun kedai milik kita di ebay seperti penggunaan laman web Squidoo, Myspace, Blog dan sebagainya.

Buku ini juga menekankan peri pentingnya permainan psikologi didalam perniagaan. Perbezaan antara permainan psikologi positif dan negatif juga diselitkan. Bagaimana untuk memicu emosi pelanggan juga diterangkan secara mendalam. Boleh saya katakan bahawa setiap bab didalam buku ini sangat penting kepada pembaca yang ingin belajar bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan di ebay. Satu perkara menarik tentang buku ini adalah, pada penghujung setiap bab terdapat satu topik akhir iaitu "Tugasan". Setelah habis membaca setiap bab didalam buku ini, penulis memberikan tugasan kepada pembaca agar ilmu yang dibincangkan pada setiap bab dapat direalisasikan oleh pembaca secara berkesan. Bagi saya ianya penting untuk menjernihkan kekeliruan yang timbul setelah memabaca setiap bab dan menjadikan pembaca lebih memahami inti pati yang ingin disampaikan penulis.

Bab terakhir merupakan bab kegemaran saya. Saya yakin sesiapa sahaja yang membaca buku ini tidak sabar menunggu bab yang tekakhir. Tajuknya sungguh menarik, "Menyingkap Harta karun di Ebay". Setelah pelbagai ilmu promosi telah dibincangkan didalam beberapa bab sebelumnya, kini tiba masanya untuk mempraktikkan ilmu itu didalam dunia sebenar. Penulis memberi pelbagai contoh barang dangangan juga strategi pemasaran didalam ebay secara khusus.  Tips-tips yang diberikan adalah sangat berguna untuk dipraktikkan dan pelbagai strategi yang tidak pernah dibincangkan didalam buku-buku mahupun ebook yang lain dibincangkan secara teperinci didalam buku ini.

Buku Rahsia Jutawan Ebay ini pada pendapat saya tidak sesuai untuk pembaca yang baru berkenalan dengan Ebay. Ini kerana ilmu asas dalam dunia perniagaan Ebay tidak dibincangkan didalam buku ini. Buku ini hanya membincangkan strategi pemasaran berkesan. Saya syorkan agar pembaca yang baru berkenalan dengan ebay membaca buku Rahsia Buat Duit Dengan Ebay keluaran PTS Professional tulisan saudara Azahar Abdul Rahman terlebih dahulu sebelum meneruskan pembacaan buku ini.

Alhamdulillah, itu sahaja yang dapat saya ulas tentang buku ini. Bagi saya buku ini sememangnya buku yang hebat. Saya akan menjadikannya sebagai bahan rujukan kerana saya juga sedang menjalankan perniagaan di ebay. Buku yang sarat dengan ilmu. Buku ini tidak mengajar langkah demi langkah, tapi mengajar kita untuk berfikir supaya kita dapat menyusun sendiri langkah kita. Wallahualam..~~

Leave a Reply