Shaffiz On Saturday, March 6, 2010

Assalamualaikum. Seperti yang saya janjikan dalam artikel lepas, saya akan berkongsi ilmu tentang salah satu medium internet marketing yang paling berjaya; Clickbank. Apa itu Clickbank? Apa tujuannya? Bagaimana Clickbank ini boleh menjadikan seseorang itu berjaya jika betul caranya? Saya akan terangkan serba sedikit dengan ilmu yang saya ada. Jadi, kepada sesiapa yang ingin mengetahui rahsia pendapatan lumayan para jutawan internet, teruskan membaca.

Clickbank merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan tujuan membantu usahawan mempromosikan produk mereka. Clickbank menggunkan pendekatan sistem affiliate (sila rujuk artikel lepas) seratus peratus. Clickbank mengumpulkan para usahawan internet; atau lebih dikenali sebagai internet marketer; yang ingin mempromosikan produk mereka. Dengan kerjasama Clickbank, produk para usahawan ini akan dipromosikan didalam laman web Clickbank (www.clickbank.com). Tapi, Clickbank bukan mempromosikan barangan para usahawan internet, tetapi Clickbank mempromosikan barangan usahawan internet tadi agar barangan itu dipromosikan oleh orang lain. Ini dinamakan B2B (Business to Business). Dengan adanya medium seperti Clickbank, promosi sesuatu barangan dapat dilakukan secara meluas ke serata dunia.

Mungkin penerangan diatas mengelirukan anda semua. Tidak mengapa kerana semua itu tidak terlalu penting. Saya akan bercerita sesuatu yang menarik; bagaimana kita boleh menjana pendapatan lumayan melalui Clickbank ini? Dibawah adalah screen shot laman web Clickbank.

 
 Dengan hanya mendaftarkan diri didalam laman web Clickbank ini, anda akan mendapat akses kepada berpuluh ribu syarikat atau individu yang ingin mempromosikan produk mereka, dan kebanyakan produk mereka adalah produk digital. Dibawah adalah contoh senarai produk yang ingin dipromosikan.
 
+/- Baca lagi..
Cuba perhatikan produk yang pertama. Harga untuk satu produk adalah USD49.43. Komisen yang dijanjikan adalah sebanyak 60%. Komisen itu adalah bayaran kepada anda jika anda berjaya mempromosi produk itu dan setiap satu jualan anda akan dibayar sebanyak 60% daripada harga jualan. Cuba kira, jika harga jualan adalah USD49.43, maka komisen yang anda akan terima setiap jualan adalah lebih kurang USD29.65. Cuba tukarkan kepada nilai Ringgit dengan gandaan 3.4, maka keuntungan sebenar anda adalah lebih kurang RM100! Dengan hanya satu jualan, anda akan mendapat sebanyak RM100.

Anda tidak memerlukan modal untuk mengeluarkan produk. Anda hanya mempromosikan produk keluaran orang lain dan anda menikmati keuntungan yang lebih daripada pengeluar produk itu sendiri. Itu baru satu contoh mudah. Ada juga terdapat produk yang harganya lebih dari USD100 dan komisen yang dijanjikan setinggi 75%! Cuba bayangkan, satu produk berharga USD100 dan komisen yang dijanjikan adalah 75%. Satu jualan anda akan mendapat bayaran USD75. Bayangkan jika anda dapat menjual produk itu hanya sebanyak 10 setiap bulan. Maka jumlah pendapatan yang akan anda terima adalah sebanyak USD750. Jika ditukarkan kepada nilai ringgit, anda sebenarnya akan mendapat sebanyak RM2550! Hanya satu produk yang dapat dijual sebanyak 10 unit sahaja, anda telah menerima bayaran sebanyak itu. Bagaimana pula jika anda mempromosikan 10 produk? Anda akan menerima RM 25, 500! Banyak bukan?

Secara luarannya memang nampak mudah. Akan tetapi, pelbagai langkah perlu dipelajari jika ingin mencapai tahap seperti itu. Kebanyakan internet marketer sepenuh masa mempromosikan lebih dari 20 produk. Bayangkan bertapa banyaknya pendapatan yang mereka perolehi. Tetapi, semua itu memerlukan ilmu perniagaan internet yang tinggi jika ingan berjaya kerana bukan kita seorang sahaja yang berbuat demikian. Ilmu-ilmu seperti SEO, blogging, web development, PPC, CPC, adwords, landing page dan macam-macam lagi perlu dipelajari jika inginkan mencapai tahap seperti jutawan internet yang lain. Dengan kata mudah, perlu terus menimba ilmu tentang perniagaan internet jika ingin berjaya.

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan. Saya akan berbicara tentang teknik-teknik perniagaan internet sperti saya katakan tadi. Insyaallah, apa yang saya ada akan saya curahkan didalam blog ini. Mudah-mudahan anda mendapat manfaat daripada coretan saya ini. Wassalam...

Leave a Reply