Shaffiz On Monday, March 1, 2010

Assalamualaikum.

Buat kali pertama saya ingin bertukar kata ganti nama "aku" kepada "saya". Terasa lebih sopan...hehehehehe.

Ok lah. Kali ini saya nak berbicara tentang dunia perniagaan internet. Macam mana ada orang boleh menjadi jutawan hanya dengan menghadap komputer beserta sambungan internet? Saya akan bongkarkan serba sedikit ilmu yang saya ada untuk sesiapa yang berminat.

Perniagaan internet mempunyai skop yang sangat luas. Secara konvensional, konsep pembelian barang secara terus seperti di pasar raya kini telah diadaptasikan didalam dunia maya. Kepada sesiapa yang biasa dengan pembelian barang melalui internet akan merasai keadaan ini. Kedai-kedai dalam talian (online shop) tumbuh bagai cendawan selepas hujan (tapi sekarang musim panas....adoi~~). Konsep online shop menjadikan wujudnya pelbagai produk-produk baru dipasaran dan ada produk yang hanya dipasarkan di internet. Ini kerana modal dan kos pemasaran di internet jauh berbeza berbanding jika dipasarkan dalam dunia perniagaan sebenar. Faktor utama, kos promosi dan kos kendalian kedai seperti sewaan bangunan atau tapak dan bil-bil yang lain.

Jika didalam pasaran dunia sebenar, sesuatu produk memerlukan promosi secara fizikal seperti banner, pamplet dan sebagainya. Semua bentuk promosi itu memakan kos yang sangat tinggi dan ruang lingkup pelanggan sangat minimal. Berbanding perniagaan internet yang mana kos promosinya sangat rendah, tidak memerlukan usaha yang terlalu tinggi untuk mempromosikan sesuatu produk kerana terdapat banyak syarikat kini menawarkan pakej pengiklanan berkesan dengan harga yang sangat kompetitif. Ruang lingkup pelanggan pula tiada batasan; kita boleh promosikan produk kita keseluruh dunia!
Ok, itu serba sedikit tentang perniagaan internet konvensional; yang memerlukan produk fizikal untuk dipasarkan. Kita beralih kepada produk bukan fizikal (lebih dikenali sebagai produk digital). Apa itu produk digital? Produk digital merupakan suatu produk bukan fizikal dan hanya wujud di dalam dunia maya. Sebagai contoh, ebook, reka bentuk web, software dan macam-macam lagi.

Baiklah, saya akan terangkan satu bentuk perniagaan produk digital yang terbukti boleh menjadikan anda kaya dengan pantas. Perniagaan itu adalah sistem affiliate. Affiliate sebenarnya satu bentuk promosi yang sangat berkesan dan ianya bukan terikat dengan produk digital sahaja. Ada juga produk fizikal yang menggunapakai sistem ini. Affiliate atau dengan kata mudahnya sistem pembayaran komisen kepada sesiapa yang berjaya mempromosikan sesuatu produk. Sebagai contoh, andai kata ada seorang usahawan menghasilkan satu jenis produk dengan harga RM50 harga jual. Usahawan ini menggunakan sistem affiliate dengan janjinya akan membayar kepada sesiapa yang berjaya mempromosikan produknya dengan bayaran RM10 setiap jualan. Lihat! Individu yang mempromosikan tidak perlu mengeluarkan modal dan mendapat untung bersih RM10 setiap jualan! Cara ini sangat efektif dan memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Contoh sebentar tadi merupakan contoh bagi produk fizikal; dimana margin keuntungan adalah sangat rendah. Saya akan terangkan bagaimana sistem affiliate ini digunakan untuk mempromosikan produk digital. Satu kelebihan produk digital adalah ia boleh dihasilkan tanpa mengeluarkan sebarang modal! Sudah tentu jika dijual, penjual itu akan mendapat margin keuntungan sebanyak 100%! Saya bagi contoh; seorang yang mempunyai pengalaman bermain gitar, dia menghasilkan satu ebook berkenaan bermain gitar. Contoh tajuk ebooknya : "How To Learn Playing Guitar Within 1 Day?". Tajuknya sahaja dapat memikat sesiapa yang sememangnya mengimpikan bermain gitar. Dengan tanpa modal, seseorang itu menghasilkan ebook itu semata-mata berdasarkan ilmunya. Kemudian dia menjual ebooknya dengan harga yang murah, contoh USD20. Bagi rakyat Amerika, USD20 adalah sangat murah. Dengan tanpa modal, seseorang itu menjual hasil nukilannya dengan harga USD20 setiap jualan, jika dia dapat menjual sebanyak 100 ebook setiap bulan, dengan senangnya dia mendapat USD2000 pada bulan itu.

Tapi, promosi merupakan halangan yang paling besar. Oleh itu, mereka manggunakan sistem affiliate untuk mempromosikan produk mereka. Dengan adanya syarikat seperti ClickBank (saya akan terangkan di entry yang lain), dia dapat mencari individu yang boleh mempromosikan produknya dengan syarat dijanjikan komisen yang lumayan. Kadang kala komisen yang diperoleh oleh individu yang mempromosikan sesuatu produk boleh mencecah sehingga 75% dari harga jual! Andai kata produk itu berharga USD100, dan individu itu berjaya menjual sebanyak 100 unit, bermakna pada bulan itu sahaja dia telah berjaya memperoleh USD7500! Keuntungan sebanyak itu boleh dicapai dengan tanpa modal!

Hebat bukan? Sebab itu saya katakan internet adalah lubuk emas kepada sesiapa yang berusaha. Saya akan bincangkan lagi tajuk-tajuk yang berkenaan dengan perniagaan internet ini. Semoga dengan perkongsian ini, dapatlah sama-sama kita menggunakan ilmu yang ada demi untuk kebaikan diri kita. Insyaallah...~~


One Response so far.

  1. Anonymous says:

    2021 college football odds to go to super bowl | Thauberbet.com dafabet dafabet 메리트 카지노 주소 메리트 카지노 주소 クイーンカジノ クイーンカジノ 4137BELGIA EUR 2021 odds: Winner and tournament winner

Leave a Reply